Assalamualaikum .. (;
Hari ini hari ISNIN .. siapa suka hari ISNIN sila angkat kaki . -.- errr . oh ! hari nie aku saja nak bagi ceramah berbentuk keagamaan ye . aku ulang lagi sekali keagamaan ye adik-adik . ish tue yang menguap tu kenapa ! sekeh kepala tue kang ! haha . sila duduk tegak dan dengar baik-baik . eh bukan , baca dengan teliti . :P
awak-awak tahu , xtahu ! ishh nie nak bagitahu la nie . awak-awak tahu nanti di akhirat ada tiga jenis cahaya ketika dipadang mashyar . cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip-kelip , cahaya kedua ialah seperti bulan purnama yang menerangi dan cahaya yang ketiga ialah cahaya matahari yang bersinar dengan sangat terang yang menyilaukan pandangan mata .
apakah cahaya-cahaya tue ?
cahaya yang berkelip-kelip seperti bintang itu ialah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala kerja serta urusannya , lalu melangkah untuk segera menunaikan solat . maksud disini , kalo awak-awak tengah main bola ke , ber esemes ke , baca novel ke atau apa2 jer la . tapi kalo tengah mandi ? err ! tue ko punya pasal la . -.-
cahaya yang terang seperti bulan purnama itu ialah wajah orang yang mengambil wuduk sebelum azan berkumandang . dan cahaya matahari yang bersinar dengan sangat terang itu adalah wajah orang yang telah pun berada di dalam masjid sebelum masuknya waktu azan .
awak-awak semua bayangkan kita dalam kategori yang mana satu ? ilmu nie pun untuk aku jugak . dan xsalah kalo kita share dengan orang lain dan saling mengingati . (:
renung-renungkan dan selamat beramal . :D
No comments:
Post a Comment